Apa benar cinta itu buta? Aku rasa mungkin iya. Aku jadi buta kerana cinta. Aku fikir cinta aku itu cinta yang sejati hingga ke akhir hayat setelah berkali2 gagal di pertengahan jalan. Aku fikir dengan cinta yang kuberi hidup lebih bermakna. Aku fikir dengan cinta yang kuberi aku dapat membahagiakan orang yang aku cintai dan diriku sendiri. Tapi semuanya tidak seperti yang aku sangka. Cinta itu menyakitkan aku. Cinta itu satu penipuan. Cinta itu menghancurkan sekujur tubuh ini. Aku seratus peratus memenuhi ruang hati ini dengan cinta yang aku ada...tapi cinta itu tidak dihargai... Cinta aku itu dipersia2kan... Ke mana hilangnya nilai cinta yang aku dedikasikan hanya untuk mu?
Apa erti cinta yang selama ini aku percaya amat murni dan indah bila dilalui bersama orang yang tercinta tapi jelas sekali amat melukakan aku di waktu ini?
Dapatkah aku percaya lagi pada kesucian cinta? Dapatkah lagi aku menerima cinta dari insan lain?
Pernah aku dipesan oleh mak aku sendiri... cintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain. Aku rasa aku perlu belajar mencintai diri aku sendiri. Aku perlu mencintai diriku sendiri... Aku perlu letak Allah sebagai cintaku yang utama.
I need to redefine my definition of LOVE.
Tuesday, March 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment