Thursday, May 01, 2008

Masa yang hilang

Puas aku cuba untuk membuangnya dari ruang ingatanku ini... dari ruang hatiku ini... tapi yang tercipta hanyalah ruang rindu yang begitu luas, tak terupaya untuk aku mengisinya dengan benda-benda lain. Tak cukup-cukup inti untuk aku kambus ruang rindu itu. Aku lelah mencuba lalu aku pasrah...lebih ku cuba untuk membenci, lebih menusuk kepedihan di hati ini. Biarkanlah... kalau aku dah tak boleh paksa diri ini untuk membencinya maka biarlah dengan sendirinya nanti dia luput. Aku tak mampu menipu hati aku sendiri. Aku masih sayangkannya walau pun aku amat sedar dan akur bahawa aku tak mungkin dapat bersamanya.

Aku memaafkannya, tapi saki baki cinta, kasih dan sayang aku masih tertinggal. Tak mampu aku mengikisnya. Aku bingung...aku tidak mencintainya seperti dahulu tapi aku masih belum upaya melupakannya dan aku tak berdaya memaksa diri lagi.

Telah ku beritahu kepadanya apa yang terbuku dalam hati ini... sudah puas aku meluahkan perasaan kecewa, marah, pilu, sakit, terluka yang teramat sangat di hatiku ini kepadanya... dia berkali-kali mengucapkan rasa bersalahnya terhadapku...berkali-kali memohon kemaafan dariku... tapi aku masih tidak dapat melepaskannya dari ruang hati ini.

Bukan aku mahu kami kembali bersama... aku tahu itu tidak akan berlaku. sama sekali tidak, melainkan ianya adalah ketentuan Illahi. Tapi aku masih mahu dia berada di sisiku walau pun tidak seperti dahulu.

Aku bingung... salahkah aku berfikiran begini? Salahkah aku bertindak begini? Salahkah aku mahukan ini?

Aku tahu kau juga dalam keperitan, walau pun aku dengan mudah boleh melemparkan kata-kata "padan muka" kepadamu tapi aku tidak sejahat itu walau pun sesekali hati kecil ini membisikkan kata-kata itu. Aku tidak memaksudkannya... walau pun segala-galanya berpunca dari perbuatanmu sendiri, dan kau sendiri telah mengakuinya. Semuanya salahmu! Itu yang kau acapkali lontarkan dari mulutmu bila berbicara hal ini denganku.

Aku merindui waktu-waktu yang kita lalui bersama... amat terasa kehilangan saat-saat itu. Kekesalan tidak habis-habis singgah di fikiranku ini. Alangkah baiknya kalau waktu ini dapat diulangi dan takdir diperbetulkan... tapi siapa aku untuk merubah semua itu?

Aku hanya mampu berserah padaNya untuk menentukan tindakan aku seterusnya. Kau yang lebih mengetahui apa yang terbaik untukku dan untuk semua...

No comments: