Kala aku merindumu
Engkau tak tahu
Hati meruntun menginginimu
Hingga lenyap ditelan masa
Apa dalam hatiku
Hanya aku dan Dia yang tahu
Engkau mungkin tahu
Engkau mungkin tak tahu
Atau engkau buat tak tahu
Atau engkau tidak mahu tahu
Mungkin sengaja tidak ambil tahu
Bila engkau menyepi
Aku mendiamkan diri
Biarkan engkau dengan duniamu
Dengan kesibukanmu
Aku buat tidak tahu
Aku tidak mahu tahu
Aku rindu padamu
Itu yang aku tahu
Tetapi aku biarkan begitu
Kerana itu yang paling ku mampu
Engkau akan muncul juga nanti
Bila kau merinduiku
Sesungguhnya kau tahu
Aku cinta padamu
Aku rindu padamu
Dan tidak dapat kau dusta pada dirimu
Bahawa aku ada di dalam hatimu
Ada dalam mindamu
Walau tidak kau lafazkan
Walau tidak kau tunjukkan
Aku merasainya
Kau tahu...
Memang kau tahu...
Bahawa kau juga rasa begitu.
Aku biarkan saja
Kau ambil masamu
Ku lalui titian masa yang kau cipta
Kerana kita akan bertemu di titian itu.
Emosi ku di kala ini,
Nelayan Malam
Sunday, June 11, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment